iF liFe wAs eaSy .. WheRe w0uld aLl tHe adVentUres bE ??

Sunday, December 7, 2014

Kata-kata itu d0a ...

Dua orang sepupu , Aiman dan Syamil sangat rapat dan selalu menghabiskan masa bersama-sama . Mereka pergi ke sekolah bersama-sama , mengaji dan khatam ai-quran bersama-sama , keliling kampung berkonvoi dan menghabiskan masa bermain juga bersama-sama .

     Rumah mereka sebelah-menyebelah . Sangat dekat  . Mereka berkongsi perigi yang sama sebagai sumber air . Malah sayur-sayuran yang ditanam juga hasilnya dikongsi bersama .

     Pada suatu hari , Aiman dan Syamil bermain-main dihalaman rumah mereka .

                     Melihat buah jambu air yag merah ranum
        di atas pokok , mereka sepakat ingin memanjat
        pokok itu . Tujuannya hanya satu iaitu ingin
        menikmati keenakan jambu yang banyak airnya
        itu di tengah-tengah terik bahang matahari .

     Memanjat pokok itu merupakan kemahiran semula jagi yang dimiliki mereka berdua . Kurang seminit , masing-masing telah duduk di atas dahan pilihan mereka . Mereka memilih posisi yang memudahkan mereka untuk mencapai buah jambu air yang bergayutan .

    Kedudukan Aiman lebih tinggi daripada Syamil . Syamil memilih dahan yang rendah sedikit . Petik dan terus dikunyah . Seronok benar mereka menikmati jambu air segar dari pokok .

     Ibu Syamil yang kebetulan baru memberi makanan kepada ayam di belakang rumah ternampak anaknya dan Aiman yang berada di atas pokok .

    "Syamil , buat apa di atas pokok tu ?
Nanti jatuh . Kan ada banyak kerengga ! "jerit ibu Syamil

    Mendengar jeritan ibunya , Syamil segera menoleh ke arah suara itu . Akibatnya Syamil hilang keseimbangan badan dan ketika cuba mengapai dahan berdekatan dia terpegang pula sarang kerengga yang berbalut kemas di balik helaian-helaian daun .

    Gedebuk ! Syamil tetap jatuh ke tanah walaupun telah cuba mencapai dahan yang terdekat .
Sewaktu Syamil hampir-hampir terjatuh , pokok jambu itu bergoyang-goyang . Aiman yang berada lebih tinggi daripada Syamil turut hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh . Pada masa yang sama , bapa Aiman yang berada di dalam rumah terdengar jeritan ibu Syamil tadi terus menjenguk ke luar tingkap .

    ''Hati-hati Aiman ! Pegang dahan tu kuat-kuat !''

   Aiman berjaya berpaut kuat dan segera turut dari pokok . Tiada apa-apa yang berlaku kepada Aiman .





MORAL VALUE :  Kata-kata mencetuskan d0a . Kata-kata yang p0sitif akan mencetuskan situasi , perasaan , dan tindakan yang p0sitif juga . Begitulah juga sebaliknya ..   (><)

Saturday, December 6, 2014

aSsalaMuaLaikUm ..

   Sirih berlipat sirih pinang ,
           Sirih dari pulau mutiara ,
Pemanis kata selamat datang ,
           Awal bismillah pembuka bicara ,